BANGI – Pembukaan sempadan selatan tanah air menyaksikan ramai warga tempatan pulang kembali ke tanah air.
Tidak ketinggalan warga Singapura yang mengambil peluang setelah lama terperap di pulau Republik itu, sama ada melancong, menziarahi saudara mara atau pun berniaga.
Namun ada aksi yang kurang menyenangkan orang tempatan apabila ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan atas pembukaan sempadan pada Jumaat lalu.
Di media sosial tular aksi warga Singapura, berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan mereka, mengisi minyak di selatan tanah air. Gara-gara mahu memenuhkan minyak kenderaan pelbagai cara dilakukan. Sekiranya dulu, ada yang menggoyang-goyangkan kenderaan bagi memenuhkan tangki kini kaedahnya berbeza.
Found this pic on fb. No need to shake car anymore..hahahaha pic.twitter.com/m9ninXKLWR
— Amirul | عميرول (@amirulfadhlii) April 1, 2022
Sebahagian warga republik berkenaan dilihat meletakkan kenderaan pada kedudukan senget dan meletakkan alat jack untuk meninggikan kenderaan mereka, lalu mengisi petrol.
Pelbagai gelagat mereka dirakam netizen.
— azmil (@azmil_n) April 1, 2022
Sehingga 1 April tahun ini, seliter petrol 95 di negara itu adalah pada kadar harga 3.05 dolar Singapura bersamaan RM9.37 sen. Manakala bagi RON 97, berharga 3.51 dolar Singapura seliter bersamaan RM10.90, dan antara yang termurah di dunia.
Sebaliknya di Malaysia, minyak petrol RON 95 bersubsidi berharga di antara RM 2.05 ataupun bersamaan 66 sen seliter di Singapura.
Bagi pengisian tangki penuh 40 liter di Singapura akan mengambil harga lebih kurang 90 dolar Singapura.
Namun jika minyak dalam kandungan yang sama diisi di Malaysia, rakyat Singapura hanya perlu membayar dalam sejumlah 50 dolar Singapura.
Minyak petrol RON 95 bersubsidi tidak dibenarkan dibeli oleh warga asing, sebaliknya mereka hanya perlu membeli RON 97. Menjual kepada warga asing RON 95 adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan.
Sehubungan itu para netizen berharap kerajaan akan memantau kembali syarat pengisian petrol oleh warga asing di negara ini.
ENDS