Oleh Wartawan TV Pertiwi
Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu jawatankuasa dibentuk bagi memulihkan 600 kanak-kanak di bawah GISB Holdings (GISBH).
Sultan Selangor bertitah satu kertas kerja terperinci perlu dirangka bagi mengenal pasti kaedah terbaik untuk memulihkan kanak-kanak terbabit.
“Baginda mahu perkara ini dikendalikan dengan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana membabitkan masa depan kanak-kanak yang terlibat.
“Jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada Tuanku Sultan serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini.
“Seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan,” menurut kenyataan Pejabat Diraja Selangor semalam.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian selepas berkenan menerima mengadap Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Mohammad Fahmi Ngah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Turut diterima mengadap, Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin.
Menteri Komunikasi pada Selasa memaklumkan jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal GISBH kini berjumlah 662 orang.
Fahmi Fadzil berkata kesemua kanak-kanak tersebut sudah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
#GISB #SultanSelangor #MAIS #GlobalIkhwan