Oleh Azzman Jamal
BANGI, Jumaat – Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September depan dan akan berterusan sehingga awal November.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 17 Mei lalu.
Katanya, dalam fasa ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah dan situasi ini menggalakkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa singkat terutama pada waktu petang dan awal malam.
Jelasnya, ia kebanyakan akan berlaku di kawasan barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta berat dan tengah Sarawak.
“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi melalui laman web rasmi.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi