Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Rabu – Ekoran situasi semakin meruncing, Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sedang melakukan persediaan bagi mengeluarkan 15 rakyat Malaysia keluar daripada Lubnan.
Menurut kenyataan Wisma Putra, terdapat tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia masih berada Lubnan turut akan dibantu keluar oleh kerajaan.
Manakala empat lagi rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di Lubnan.
Difahamkan, seramai sembilan rakyat Malaysia telah mula meninggalkan Lubnan secara sukarela.
Tambah kenyataan itu lagi, empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia yang berada di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan sehingga dimaklumkan kelak.
Pada perkembangan sama, Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim haram Zi0nis yang berterusan melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan udara dan darat terhadap Lubnan.
“Kekejaman rejim Zi0nis Isr4el ini secara jelas telah melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengancam keselamatan, kestabilan serta kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan,” ujarnya di Facebook hari ini.
Dengan itu, Malaysia tekad bersolidariti bersama Lubnan dan masyarakat dunia untuk mendesak Isr4el untuk segera melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan bencana kemanusian yang lebih dahsyat di Lubnan.
Dalam pada itu, Wisma Putra berkata penting buat semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang di Rantau berkenaan.
Sebelum ini, Isr4el melancarkan lebih 20 serangan udara ke atas kubu utama milik kumpulan pejuang berkenaan di Selatan ibu kota Lubnan, Beirut sehingga menyebabkan kemusnahan yang besar-besaran di kawasan berpenduduk padat.
Sumber: FB Wisma Putra
#Malaysia #Evacuate #Lubnan #Rakyat
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi