BANGI, Isnin – Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zianul Abidin kini menyertai PKR, demikian menurut laporan BH Online.
Menurut laporan itu, Zahidi yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia tidak memegang sebarang jawatan dalam parti terbabit.
Katanya, penyertaan parti itu juga telah mendapat direstui Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zahidi berharap dapat mewujudkan lagi 400 lagi cawangan PKR di Perlis, tambahan kepada 60 sedia ada.
Beliau mahu memastikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Perlis daripada Perikatan Nasional.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 sebelum ini, Zahidi digugurkan keahliannya apabila bertanding sebagai calon bebas.
“Hari ini kita memanggil bekas ketua cawangan (UMNO), pemimpin masyarakat dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dalam menggerakkan penubuhan ranting PKR, terutama di kawasan Padang Besar.
“Kita menyasarkan penubuhan lagi 400 ranting PKR di seluruh Perlis menjelang PRU depan di mana lebih 100 daripadanya di Padang Besar. Ini memberi gambaran hasrat kita untuk bawa negeri ini kepada kepada Kerajaan Perpaduan gabungan PH dan BN pada PRU hadapan.
“Setakat ini, PKR ada sekitar 60 ranting dan kita ingin menambah lagi seiring dengan kewujudan cawangan UMNO di negeri ini,” katanya ketika menghadiri Program Symbangan Prihatin MADANI dan pelancaran ranting baharu PKR di Padang Besar.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI