Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Khamis – Kerajaan seharusnya perlu lebih kreatif dalam mencari jalan bagaimana menjadikan sistem pendidikan boleh dinikmati oleh rakyat secara murah dan percuma.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Isu pendidikan tidak boleh dilihat dalam konteks sumbangan kerajaan kerana ianya adalah tanggungjawab yang seharusnya ditanggung oleh kerajaan.
“Isu pemberian dana pendidikan kerajaan kepada rakyat sama ada golongan kaya dan miskin tidak seharusnya dilihat dari perspektif ekonomi sahaja. Kerajaan juga perlu melihat kepada sumbangan golongan kaya kepada pendapatan kerajaan dan imbangan sumbangan tersebut kepada mereka,” katanya di Facebook pada Khamis.
“Mengukur pendidikan dengan nilai wang ringgit adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Tidak hairan, terdapat golongan miskin yang menghantar anak mereka ke institusi pendidikan yang terbaik samada dalam negara atau luar negara walaupun mereka terpaksa mengerah keringat untuk membayar yuran yang mahal. Ini semua tidak lain dan tidak bukan demi masa depan anak-anak mereka,” ujarnya.
Kenyataan yang dikeluarkan itu bukan bermaksud beliau ingin menyebelahi golongan kaya dan menidakkan membantu golongan miskin, katanya kedua-dua golongan berkenaan adalah rakyat perlu disantuni oleh kerajaan.
Selain itu, hasrat kerajaan yang mahu mengenakan bayaran pendidikan yang mahal kepada anak-anak golongan kaya dengan alasan mereka mereka mempunyai pendapatan yang tinggi sewajarnya diperhalusi dengan lebih baik lagi.
Tegasnya, kerajaan perlu mengambil contoh daripada model sistem pendidikan dan universiti yang dibiayai melalui sistem waqaf sepertimana yang dilakukan oleh Universiti Al-Azhar, Mesir atau universiti lain di di dunia.
Pada ketika ini, kerajaan lebih patut memberi mengutamakan terhadap isu pertambahan jumlah pelajar lepasan SPM yang kian hilang minat untuk menyambung pengajian di universiti dan lebih memilih untuk bekerja di dalam sektor gig-ekonomi atau perkilangan.
Dengan itu katanya, negara bakal terdedah dengan risiko kehilangan tenaga kerja mahir pada masa hadapan.
Oleh yang demikian, kerajaan seharusnya memberi galakkan dan bantuan kepada pelajar cemerlang tanpa mengira status dan pendapatan keluarga mereka.
Sumber: FB Tuan Ibrahim Tuan Man
#PAS #Anwar #TuanIbrahim #Pendidikan #Malaysia
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi