Oleh Wartawan TV Pertiwi
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan kakitangan baginda di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Dalam suasana penuh mesra, baginda turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama rakyat jelata di ibu kota.
Rakyat kelihatan teruja kerana berpeluang bersemuka secara langsung dengan baginda yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Julai lalu.
Sultan Ibrahim kemudian berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaraan ibu kota selepas selesai menikmati santapan pagi.
“Baginda amat prihatin terhadap kebersihan serta kesejahteraan persekitaran awam.
“Sejajar dengan usaha memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan teratur,” menurut laman Facebook Sultan Ibrahim.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI