Oleh : Nur Arish
BANGI, Rabu – Sikap apologetik kerajaan dalam isu membabitkan umat Islam membuka ruang kepada pihak yang dilihat mahu mencampuri urusan pentadbiran umat Islam di negara ini.
Pengerusi Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad berkata tindakan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) dilihat konsisten mengkritik dalam pentadbiran agama Islam khususnya dalam isu JAKIM dalam memelihara agama Islam.
Tambahnya, MCCBCHST tidak sepatutnya perlu gusar sehingga membuat kenyataan terbuka berhubung tindakan JAKIM menempatkan pegawainya di jabatan dan kementerian kerajaan.
“Jadi MCCBCHST kenapa harus gusar buat open statement kerana mereka lihat kerajaan sekarang lemah, kata pepatah Melayu apabila pokok dah condong kura-kura pun memanjat meniti naik, inilah mereka melihat kerajaan sekarang ini lemah dan perlu dilontar satu benda, dan jawapan diberi bagi saya jawapan daripada kerajaan adalah terlalu apologetik.
“Ingat orang-orang bukan Islam, orang Islam tidak pernah menghina agama kamu, sebab ini dilarang oleh agama kami, bagi kami agama kami bagi kamu amalan kamu tapi apabila masuk area kami. kamu mengkritik, dan bagi pandangan negatif, jika ada respons keras kamu yang memulakan.”
Tegas beliau, banyak perkara yang dikritik MCCBCHST sebelum ini tidak diberi reaksi, namun dalam hal ini sehingga mempertikaikan tugas JAKIM, MUAFAKAT sama sekali tidak bersetuju dengan provokasi negatif itu.
Beliau berkata demikian kepada TV Pertiwi pada Rabu selepas menjadi tetamu bagi rancangan Fikir Dulu Podcast.
“MCCBCHST tidak sewajarnya bersikap semberono serta bertindak atas nama keadilan atau persamaan, sebaliknya mereka perlu berhati-hati”
Katanya, walaupun ada perbezaan pandangan dengan JAKIM, MUAFAKAT mengiktiraf peranan JAKIM, dan mempertahankan tindakan agensi kerajaan itu.
#jiwamerdeka67 #agamaIslam
Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.
Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TvPertiwi