KUALA LUMPUR, Jumaat – Keyakinan UMNO mampu menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa Muafakat Nasional menyerlahkan sikap ego dan tamak parti itu yang tidak menguntungkan rakyat.
“Negara memerlukan barisan kepimpinan baharu, muka baru serta berwibawa untuk membina semula keunggulan negara serta bermaruah. Agenda besar ini tidak ada dalam ‘road map’ UMNO, yang dicanang setiap hari ialah UMNO nak berkuasa.”
ZAMANI IBRAHIM / Presiden BERJASA
UMNO menyerlahkan sifat sikap ego dan tamak parti itu yang tidak menguntungkan rakyat dengan keyakinan mereka mampu menang besar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa Muafakat Nasional.
Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim percaya keyakinan UMNO untuk bergerak solo dibina atas dasar kemenangannya pada dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini.
Memetik ISMAWEB beliau berkata, UMNO tidak membawa makna kepada agenda rakyat serta negara sekalipun menang pada PRU-15 sekiranya parti itu sarat dengan perpecahan dalaman.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas situasi semasa politik negara dan hala tuju kerjasama parti-parti Melayu dalam mendepani PRU15 tidak lama lagi.
Manakala kedudukan PAS ketika ini, Zamani berkata, parti itu perlu menjangkau lebih jauh daripada sempadan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekiranya serius ingin membina semula negara.
Katanya, PAS boleh ditinggalkan tanpa izin UMNO dan juga Bersatu apabila parti tersebut mendapat peluang tanpa PAS.
Sehubungan itu, beliau menyarankan PAS untuk terbuka berbincang dan mengadakan sesi meja bulat dengan parti-parti lain walaupun bersaiz kecil.
Ustaz Zamani mempelawa PAS untuk turut serta dengan Jajaran Baharu atas slogan Bersama Pimpin Negara dalam membina kekuatan sokongan dan kerjasama dengan beberapa parti, pimpinan NGO dan tokoh nasional.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/