Pusat Rawatan TH Diiktiraf Arab Saudi, Negara Pertama Diluluskan Permit

Tabung Haji media conference at Kuala Lumpur
Tabung Haji media conference at Kuala Lumpur

 

KUALA LUMPUR, Jumaat – Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah dan Madinah menjadi pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan permit (Tarkhis) oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi bagi pembukaan dan pengoperasian hospital musim haji kali ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkhidmatan ditawarkan di pusat rawatan itu hampir setara dengan hospital pakar Minor.

Menurut Dr Noor Hisham kelulusan permit ini diberikan setelah melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Ia juga pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah Malaysia di Makkah dan Madinah.

Bukan itu sahaja malah Permit Ambulans (Tasrih) untuk menjalankan perkhidmatan ambulans yang mana Malaysia mempunyai 20 ambulans spesifikasi tinggi juga diiktiraf.

Beliau dalam satu kenyataan juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) serta Rombongan Perubatan Musim Haji 1443H/2022M, Dr Mohd Shaffari Marzuki.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

2 Hospital Lembah Klang Hadapi Krisis Kekurangan Doktor Bulan Ini

Next Post

Keputusan Rayuan Kes Rasuah Abdul Azeez Ditangguhkan

Related Posts