KUALA LUMPUR, Sabtu – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai 2022.
Dalam kenyataan KPM memberitahu murid lepasan SPM tahun 2021 sudah boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam untuk sesi tahun 2022 secara atas talian dan juga melalui sekolah asal masing-masing.
Susulan itu, murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara atas talian mulai 7 hingga 24 Julai tahun ini.
Sementara itu, murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.
Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama dan murid yang tidak mempunyai capaian internet, akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.
Tambahnya, murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.
Manakala bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/harga-ayam-cecah-rm13-90-sekilogram/