KOTA BAHRU, Selasa – Pemerintahan Pas Kelantan akan tetap kukuh malah tidak tergugat dengan dakwaan daripada Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa mengatakan kerajaan gagal melaksanakan urus tadbir baik di Negeri Kelantan.
Ketua Penerangan Pas Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, sesiapa sahaja boleh melemparkan tomahan dan tuduhan termasuklah bercakap tanpa berlandaskan fakta.
Beliau menegaskan jika pihak yang berkenaan itu mempunyai fakta kukuh berhubung satu-satu isu mereka boleh mengemukakan perkara tersebut.
Jelas beliau , Perkara yang harus difikirkan mengenai masalah yang sering berlaku seperti air harus diutamakan dan ia telah dibentang dalam Dewan Undangan Negeri walaupun bukan negeri itu sahaja mempunyai masalah air.
Memetik utusan, beliau memberitahu sepanjang Pas memerintah di Kelantan, kerajaan negeri tidak menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan pusat untuk meningkatkan air di Kelantan.
“Orang boleh fitnah tapi tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas yang didakwa di mahkamah yang terbabit dengan rasuah”
DATUK MOHD NASSURUDDIN DAUD/ Ketua Penerangan Pas Kelantan
Mohd. Nassuruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta memberitahu, sepanjang mentadbir negeri ini tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas yang didakwa terbabit dengan rasuah.
Jelas beliau, dia tidak menafikan ada memfitnah kepada mana-mana wakil rakyat Pas namun tiada siapa yang didakwa di mahkamah atas tuduhan terbabit dengan rasuah.