KUALA LUMPUR, Jumaat – Bermula hari ini, harga siling runcit ayam standard di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun lepas.
Harga siling runcit ayam standard di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram bermula hari ini.
Manakala harga ayam super adalah RM9.90 sekilogram.
Berbeza di Sarawak, harga ayam sekilogram mencecah sehingga RM 13.90 bagi ayam super dan RM 12.90 bagi ayam standard iaitu di zon Limbang dan Lawas.
HARGA SILING TELUR AYAM
GRED A = 45 sen
GRED B = 43 sen
GRED C = 41 sen
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun lepas bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam sebiji pada kadar 45 sen bagi gred A, gred B 43 sen dan gred C 41 sen di Semenanjung.
Antara lain, keputusan tersebut dicapai selepas kerajaan putuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan subsidi.
Pada 24 Jun, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak mengapungkan harga ayam di pasaran selain tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.
Dalam pada itu Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataannya hari ni berkata, OPS ATM (OPS Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak) Fasa 2 akan diteruskan bagi memastikan bekalan ayam, telur dan Minyak Masak sentiasa mencukupi dan stabil di pasaran.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/