BANGI, Jumaat – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO disebabkan kritikan terbuka Ahli Parlimen Pasir Salak itu terhadap parti dan pendirian beliau yang bercanggah dengan parti itu yang berkuat kuasa Selasa lalu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana ahli MKT seharusnya mematuhi ketetapan dan keputusan dibuat berdasarkan perlembagaan parti.
“ ..kuasa pelantikan mengikut perlembagaan adalah kuasa presiden parti. Saya berpendirian bahawa mana- mana ahli majlis seharusnya mematuhi ketetapan dan keputusan parti. bukan sahaja apa yang telah jadi ketetapan dalam PAU atau AGM apatah lagi jika kita menjadi sebahagian daripada anggota majlis tertinggi . satu ketetapan harus dipatuhi, kita boleh berbeza pendapat di dalam perbincangan ataupun mesyuarat tapi jika sesuatu keputusan itu telah dibuat, maka keputusan itu merupakan keputusan parti and we have through the party line bukan sebaliknya …”
DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI/ Presiden Umno
Beliau berkata dalam hal ini, beliau sangat berlapang dada walaupun secara peribadinya ia tidak dipersetujui namun apabila keputusan parti tentukan, maka ia harus menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh parti.
Tambahan pula katanya perkara itu juga harus ditanya kepada tajuddin sendiri kerana tidak adil jika beliau memberi tahu secara umum kerana tajuddin lebih mengetahui apa yang telah dia lakukan dan apa yang diucapkan dalam majlis tertutup.
Ujar Beliau, Tajuddin juga tidak perlu merayu terhadap keputusan penggugurannya itu, kerana lantikan yang dibuat terletak di bawah kuasa presiden.
Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT UMNO, dengan surat pemakluman itu dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 21 Jun lalu.
Menurut surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pelucutan jawatan itu berikutan komitmen Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/