KUALA LUMPUR, Jumaat – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pelancaran satelit Measat-3d membantu merapatkan jurang digital seterusnya menarik lebih ramai anak muda untuk ceburi bidang aeroangkasa.
Sempena pelancaran satelit Measat-3d, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap ianya dapat membantu merapatkan jurang digital seterusnya menarik lebih ramai anak muda untuk ceburi bidang aeroangkasa.
Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pelancaran satelit itu juga, keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar akan lebih ditingkatkan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, Ismail Sabri menyaksikan secara langsung pelancaran Measat-3d dari Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Satelit kelapan yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambungan digital, dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Satelit Measat-3d merupakan jenis Geostationary Equatorial Orbit atau GEO mempunyai tapak liputan yang luas serta berkemampuan dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang pantas dan menyokong aliran tinggi data dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/saya-beri-guan-eng-rm200000-saksi/