PUTRAJAYA, Sabtu – Sebanyak 10 peratus sehingga tahun 2030 disasarkan oleh Jabatan Pertanian dalam mengurangkan pekerja asing ekoran peningkatan penggunaan teknologi tinggi serta pembabitan belia tempatan dalam sektor agromakanan subsektor tanaman.
Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah, Jabatan Imigresen merekodkan lebih seratus 56 ribu pekerja asing aktif di Malaysia bagi sektor pertanian untuk tempoh sehingga 30 Jun 2019
“Sehingga 9 Jun lalu, terdapat 17,425 peluang kerjaya aktif dalam sektor pertanian diiklankan dalam portal MYFutureJobs. Sebanyak 13,167 atau 76 peratus daripadanya adalah pekerjaan yang ditawarkan dalam subsektor tanaman membabitkan pelbagai kategori jawatan termasuk pengurusan dan pentadbiran, teknikal pertanian, penyelia ladang dan pekerja ladang.”
DATUK SERI AHMAD HAMZAH / Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Menurutnya, pihak industri ketika ini memaklumkan bahawa sektor tanaman negara dianggarkan memerlukan pekerja asing seramai kira-kira 46 ribu pekerja. Katanya, ia adalah peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh warga tempatan.
Selain itu, Ahmad berkata, pihaknya juga memberi jaminan bekalan makanan termasuk ayam dan daging mencukupi menjelang musim perayaan bulan depan. Beliau berkata, bekalan lembu untuk ibadah korban pada Aidiladha tahun ini juga mencukupi selepas kerajaan membenarkan import haiwan ternakan itu dari Thailand.
Terdahulu, kerajaan menarik balik larangan import lembu dan kerbau dari Thailand berkuat kuasa serta-merta hasil persetujuan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan Jabatan Pembangunan Ternakan (DLD) berkaitan langkah pengawalan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) yang sebelum ini membabitkan pengimportan lembu dan kerbau.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/19/johor-berhak-putuskan-had-umur-minimum-adun/