KUALA LUMPUR, Sabtu – Harga baharu ayam segar selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini, perlu melebihi RM10 sekilogram bagi mendapatkan situasi menang-menang antara pemain industri rantaian makanan itu serta pengguna.
Tinjauan TV Pertiwi dalam mendapatkan pendapat orang ramai mengenai kenaikan harga ayam yang bakal berlaku pada bulan Julai ini.
“…8.90 sen kan harga datang ayam pun sekarang ni pun dah 9 ringgit lebih lepas pada siling, so sekarang ni masalahnya Malaysia ni pun baru nak tanam jagung, lagi harga pun lagi macam ni so sebelum ini tiada pun harga macam ni datang pun murah kita jual pun murah untuk rakyat kan …”
MOHD FAUZI ZAKARIA / Peniaga
Bersetuju dengan tindakan kerajaan, suri rumah Latifah Abdullah berkata walaupun harga ayam meningkat dia akan tetap membeli ekoran mendapat permintaan tinggi daripada anak-anaknya.
“…rasa wajarlah boleh lah tu naik RM10, ada sekali yang dulu yang belum naik RM10 tu dia tulis RM8.90 tetapi mereka jual sampai 9 ringgit lebih tapi kalau RM10 tu boleh lah kan sesuailah tapi jangan naik tinggi lagi sudahlah RM10 tu okaylah…” katanya.
Menurut Penjawat Awam Marzita Mokhtar, sekiranya isu ini dapat ditangani dengan baik kemungkinan dapat memberi kebaikan serta keseimbangan kepada pengeluar dan pembeli ayam di negara ini.
“…jika ditangani dengan betul, mungkin kaedah itu akan memberi kesimbangan kepada harga ayam semasa, tidaklah kenaikan terlalu tinggi banyak memberi kesan kepada rakyat. Jadi kalau kewajarannya kenaikan ini kita tidak boleh nak tolak, dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak menentu sama ada di Malaysia atau dunia, tetapi kalau boleh itu minta kerajaan menyeimbangkan itu jangan terlalu membebankan rakyat…” kata Marzita.
Rata-rata rakyat berpendapat kenaikan harga ayam adalah sejajar dengan krisis ekonomi yang berlaku pada waktu ini namun kerajaan juga harus mempertimbangkan segala keputusan yang dibuat agar tidak terlalu membebankan rakyat.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/19/mafi-sasar-kurangkan-pekerja-asing-sehingga-2030/