TUMPAT, Ahad – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melakukan pelbagai usaha dalam membangunkan serta menyemarakkan semula aktiviti pelancongan, seni dan budaya bagi mengembalikan semula sektor itu ekoran terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 sejak 2019.
Pembangunan dan penyemarakan semula aktiviti pelancongan, seni dan budaya di negara ini sedang digiatkan semula oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mengembalikan semula sektor ekoran terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak 2019.
“Bermula 1 April lalu, sempadan negara sudah dibuka dan semua aktiviti di bawah mana-mana agensi diberi kelonggaran untuk dianjurkan dan aktif kembali. MOTAC sentiasa memastikan kesenian tradisional yang ada dapat dipromosi dan dipopularkan di luar negara melalui pelbagai medium selari dengan perkembangan teknologi semasa,”
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC, Norazman Othman, pihaknya telah melakukan pelbagai usaha melalui jabatan dan agensi seperti Pejabat MOTAC Negeri, Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kraftangan Malaysia, Jabatan Warisan Negara dan Istana Budaya.
Kata beliau, menerusi sesi pemeriksaan Bajet 2023 pada bulan lalu, setiap agensi membuat permohonan peruntukan kepada kerajaan untuk menganjurkan aktiviti bagi merancakkan semula kesenian dan budaya.
Tambahnya, Festival Kesenian Rakyat Kelate 2022 (FKRK 2022) sejak 16 Jun hingga semalam juga merupakan satu usaha kerajaan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni serta pemain industri pelancongan.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak termasuk penggiat seni dan komuniti setempat dapat memainkan peranan membantu MOTAC dalam memulihara serta mengembangkan seni budaya warisan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/19/harga-ayam-naik-rakyat-terima-keputusan-kerajaan/