Kuala Lumpur – Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam berkata, pihaknya bersetuju untuk meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama Julai ini.
Dalam kenyataan sama, Wan Junaidi berkata, mesyuarat yang diadakan jawatankuasa itu pada Selasa turut melakukan ulasan dan memberikan jawapan terhadap lima persoalan dasar dibangkitkan Jemaah Menteri semasa mesyuarat kabinet 1 Jun lalu.
Pada 2 Jun lalu, Wan Junaidi dilaporkan berkata, kerajaan tidak membantah sebarang cadangan pindaan berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dibentang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen semasa mesyuarat kabinet.
Katanya, Peguam Negara, Jemaah Menteri juga turut mendapat penjelasan daripada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkaitan pindaan perlembagaan itu.
Link Kenyataan Media DS Wan Junaidi : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=522560922995943&set=a.350519310200106&type=3
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/08/zuraida-sedia-lepas-jawatan-kabinet/