ISNIN, 31 JANUARI – Kerajaan negeri Sabah mengarahkan penutupan sekolah yang diisytiharkan sebagai pencetus kluster Covid-19 bertujuan melindungi lebih ramai pelajar dan guru daripada dijangkiti wabak berkenaan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, keputusan itu juga untuk memastikan jangkitan Covid-19 dapat dibendung supaya tidak merebak ke kawasan lain.
Datuk Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata :
“Tindakan drastik ini juga adalah peringatan kepada semua pengurusan sekolah termasuk guru-guru, murid-murid dan ibu bapa agar mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan risiko jangkitan ke atas murid-murid dan guru-guru sekolah’’.
Menurut beliau, Masidi berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja atau sekolah hendaklah dikuatkuasakan secara ketat.
Selain itu, Kerajaan Sabah juga mengarahkan semua sekolah yang terlibat dengan kluster Covid-19 ditutup serta-merta antara dua hingga tiga minggu bagi mengekang penyebaran pandemik itu terutama dalam kalangan pelajar.
Walaubagaimanapun, sesi pembelajaran bagi semua pelajar sekolah yang akan menghadapi peperiksaan utama boleh diteruskan dengan pematuhan SOP ketat.
Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 267 kes positif baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Sabah meningkat kepada 247,379 kes.