ISNIN, 31 JANUARI – Syarikat Genting Hong Kong tidak berupaya membayar balik hutang terhadap tiga bank Malaysia yang memberi pinjaman kepada syarikat gergasi itu.
Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, aset-aset syarikat itu akan dijual semula bagi membayar hutang mengikut prioriti dan peratusan yang ditetapkan.
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Pakar Ekonomi berkata :
“Syarikat itu telah dibubarkan jadi tidak akan berupaya membayar balik tetapi pembubaran ini akan dilakukan oleh firma perundangan dan firma itu akan menjual semua aset-aset syarikat genting di hong kong ini dan apa-apa yang dia akan kutip akan bayar hutang mengikut prioriti dan mengikut peratusan atau propotion yang berkait jadi mungkinnya syarikat ketiga bank itu akan mungkin setiap 20 sen untuk setiap ringgit yang dipinjamkan dulu.”
Tambahnya, wabak Covid-19 dan penutupan sektor ekonomi sangat memberi kesan kepada sektor pelancongan dan Genting antara syarikat besar yang menyerah diri.
Bagaimanapun katanya, banyak lagi syarikat pelancongan yang turut terjejas dan berusaha memulihkan semula ekonomi mereka.
“Sebenarnya ada banyak lagi syarikat-syarikat lain berkait dengan pelancongan, pengangkutan dan perhotelan sedang mengalami masalah yang sama tetapi masing-masing mempunyai strategi cuba memulihkan ekonomi termasuklah Air Asia semalam dia tukar nama kepada capital dan dia juga menanggung banyak hutang yang besar tetapi mereka dapat berusaha cuba menstrukturkan semula.”