JUMAAT, 28 JANUARI – Rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi berkaitan isu keabsahan sekolah-sekolah vernakular di sisi perlembagaan telah difailkan di mahkamah rayuan.
Peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, bagi mencabar kebasahan sekolah-sekolah vernakular kerana membelakangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Tiga badan-badan bukan kerajaan yang menjadi perayu adalah Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), yang diwakili oleh Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil serta Tetuan Hariz Syakinah & Co, serta pasukan ini akan diketuai oleh peguam kanan, Haniff Khatri.
Menurut Hariz, rayuan-rayuan tersebut telah difailkan masing-masing pada 25, 26 dan 27 Januari 2022.
Muhammad Hariz Md Yusoff sebagai Peguam berkata :
‘pertamanya untuk kita memfailkan rayuan di peringkat rayuan adalah kerana kita ingin mendapatkan 1 keputusan mahkamah tertinggi berkenaan keputusan yang dibuat oleh yang Arif mahkamah tinggi bahawa sekolah vernakular adalah sah di mana rayuan kita di peringkat mahkamah rayuan akan mencabar dapatan mahkamah tinggi untuk kita dapatkan harapan bahawa penentuan persoalan undang-undang samada sekolah jenis kebangsaan cina atau sekolah jenis kebangsaan tamil yang ditubuhkan di bawah akata pendidikan dan mendapat dana sumber awam adalah sebenar ya badan awam atau tidak selain isu perundangan dan lainnya.
Tegas Hariz, Bahasa kebangsaan perlu dijadikan Bahasa pengantar utama dalam mana-mana institusi pendidikan awam yang menerima dana awam.
“Apa yang kami nak tegaskan Bahasa kebangsaan perlu dijadikan Bahasa pengantar utama dalam mana-mana institusi pendidikan awam yang menerima dana awam kerana hal tersebut akan bercanggah dengan kedudukan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan yang digunakan sebagai sumber tujuan rasmi sekiranya Bahasa lain dari Bahasa kebangsaan diguna pakai sebagai Bahasa pengantara dalam sesuatu institusi pendidikan tersebut.”
Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) di seluruh Malaysia adalah sah di sisi Perlembagaan.
Tiga badan-badan bukan kerajaan yang menjadi Plaintif di Mahkamah Tinggi tempoh hari telah mengarahkan pihak peguam masing-masing untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, bagi mencabar kebasahan sekolah-sekolah vernakular kerana membelakangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.