KHAMIS, 27 JANUARI – Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Gabmbir dalam PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata “… perkara itu terserah kepada pimpinan BERSATU.
Muhyiddin berkata — Dia mahu memberi tumpuan kepada pentadbiran di peringkat pusat dan pengurusan parti.
Dia berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat BERSATU Johor.
DUN Johor dibubarkan pada 22 Januari lalu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan PRN.
Kerajaan negeri sebelum ini diterajui BN dengan 28 kerusi merangkumi UMNO dengan 14 kerusi, MIC, dua kerusi, BERSATU dengan 11 kerusi dan PAS – Satu Kerusi manakala PH dengan 27 kerusi iaitu DAP (14 Kerusi), PKR (Tujuh Kerusi) dan Amanah (Enam kerusi).
Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan BERSATU sedia untuk menampilkan calon-calon muda dalam PRN kali ini yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.