RABU, 26 JANUARI – Lebih setengah abad merdeka dan sistem pendidikan negara secara integrasi menampilkan kekuatan kekuatan sesuatu bangsa dipertahankan seperti penubuhan sekolah vernakular antara salah satu puncanya.
Justeru ada peruntukan tertentu di dalam Akta Pendidikan negara yang perlu dihapuskan dan diubah suai untuk mengangkat bahasa rasmi negara.
Menurut pendidik, Dr Shamsatun Nahar Ahmad, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM cawangan Johor, penubuhan sekolah vernakular itu juga menjadikan mustahil untuk bahasa Melayu di martabatkan.
Dr Shamsatun Nahar Ahmaad, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Cawangan Johor berkata :
Pendidikan di malaysia tak amalkan prinsip asimilasi jepun orang china jepun eropah, pendidikan malaysia secara integrasi berdasarkan kekuatan sesuatu bangsa dipertahankan termasuk bahasa, maka sek vernakular diwujudkan dan bhs penghantar nya bukan bahasa melayu ini antara punca mengapa pelajar Vernakular tak fasih berbahasa melayu.
Tambahnya dalam Akta Pendidikan 1996 Fasa ke-28 menyatakan Menteri Pendidikan mempunyai bidang kuasa untuk mewujudkan sekolah kebangsaan dan vernakular.
Namun masalah timbul pula pada sekolah vernakular pula, diadakan fasa ke-17 iaitu Menteri Pendidikan diberi kuasa mengecualikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan di sekolah vernakular.
Justeru perlu ada usaha untuk mengelakkan bahasa melayu terus dipijak dan perpaduan direalisasikan dalam kalangan bangsa Malaysia.
Untuk hapuskan fasa 17 dan kuasa ini boleh tapi sukar- dilakukan secara berperingkat . Dia telah terlalu lama digunakan oleh golongan berkepentingan memanfaatkan. Pada pandangan saya jika kerajaan benar benar tegas untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kerajaan atau menteri pendidikan hendaklah mengkaji semula fasa ke-17 ini dan adalah lebih baik adakan penyeldidikan ttg kesan dan cari jawapan kesan terhadap fasa ini dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Kemudian boleh bawa usul ke parlimen dan fasa 17 dihapuskan dengan membawa bukti bukti yang kukuh.
Tambahnya peruntukan yang diberikan kerajaan kepada sekolah menengah persendirian cina, smpc, namun dikesali kerana sistem pengajaran dan pembelajaran sekolah berkenaan tidak memihak kepada sistem pendidikan kebangsaan.
Jadi kita tahu keujudkan sekolah vernakular ialah penyumbang kepada raky malaysia tidak gafish bahasa melayu. Negara dah merdeka lebih setengah abad. Ramai bansga malaysia tidak asih bebahas melayu tertuama bansga bukan melayu sepatutnya dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Ujar beliau lagi, Malaysia mengambil maklum dan tahu hak seseorang warganegara berbahasa ibunda namun melepasi tahun 2020, sudah perlu bangsa Malaysia menjunjung perlembagaan negara dan fasih kepada bahasa kebangsaan.
Dengan kata lain bahasa melayu mewakili semua rakyat malaysia sama ada melayu bukan melayu. Kita sedia maklum ahakbangsa untuk bertuutur dalam berbahsa bahasa ibunda namun tidak boleh pada urusan rasmi x mapu dalam bahasa kebangsaan yang baik dan kita sudah berada pada tahun 2022 dan kita perlu dan hayati wawasan 2020 junjung perlembagaan dan fasih berbahasa melayu