KHAMIS, 20 JANUARI – Polis Terengganu mendedahkan terdapat individu yang sanggup disuntik dengan air suling asalkan mereka dapat memperoleh sijil vaksinasi Covid-19 daripada seorang doktor klinik swasta yang didakwa melakukan kegiatan itu di Marang.
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada 23 individu dengan pelbagai latar belakang.