
(Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis / sumber : TV Pertiwi)
KHAMIS, 20 JANUARI – Kementerian Kesihatan (KKM) wajar menangguhkan pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19 kerana dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan yang jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis berkata :
“Saya ingin mencadangkan agar KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius.”
Asri mencadangkan agar KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius.
Beliau tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang sudah mengurangkan risiko COVID-19 tetapi bercakap apa yang sedang dialami oleh ramai pada dos yang ketiga ini.
Penafian atau ‘state of denial’ tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka dan biarlah ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini.
Asri berkata, sudah banyak aduan mengenai kesan yang serius selepas pengambilan dos ketiga vaksin COVID-19.
Sebelum ini, wujud kebimbangan pada orang ramai termasuk Dr Mohd Asri sendiri selepas bapanya dimasukkan ke hospital sejak lebih seminggu lalu, selepas keadaan kesihatan bapanya itu dilihat semakin teruk selepas mendapat dos penggalak vaksin Covid-19.