RABU, 19 JANUARI – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan, sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menentukan status rumah ibadat di kawasan gua negeri berkenaan.
Tambah beliau jawatankuasa khas tersebut bukan sahaja akan dianggotai oleh pihak kerajaan, tetapi juga parti politik.
Datuk Seri Saarani Mohamad , Menteri Besar Perak berkata :
“Ini bukan isu politik, jadi tidak mengapalah kita panggil wakil MCA,MIC,DAP,PKR dalam jawatankuasa kha situ. Kita akan panggil jabatan teknikal dan pengusaha (pengendali kuil) untuk duduk berbincang kerana kita perlu mencari penyelesaian segera. Pada saya isu keselamatan adalah keutamaan’’.
Menurut Saarani jawatan kuasa itu akan juga membabitkan wakil parti politik daripada pihak Kerajaan dan pembangkang juga perlu bagi mengelakkan isu berhubung perkara itu dipolitikkan oleh sesetengah pihak.
Berikutan itu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak sedang menunggu senarai nama ahli jawatankuasa khas berkenaan daripada pengendali kuil bagi menyelesaikan masalah ini.
Sementara itu, wakil daripada parti MCA dan 19 kuil mengadakan pertemuan dengan pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Perak bagi membantah pengusiran kuil yang dibina di atas tanah milik Kerajaan.