JUMAAT, 14 JANUARI – Ibu bapa diingatkan jangan tertipu dengan sekolah vernakular yang menawarkan pendidikan agama Islam kepada pelajar Melayu.
Menurut Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Mohd Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat
Subjek Pendidikan Islam dan subjek-subjek lain di sekolah vernakular yang ditawarkan sekadar syarat mahu mendapatkan dana kerajaan kononnya menepati garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.
Ketika dihubungi TV PERTIWI menerusi aplikasi zoom, Cikgu Izzat berkata, sekolah vernakular termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sengaja memperdayakan orang ramai dan menganggap mereka adalah tempat terbaik dalam menyatupadukan rakyat malaysia sedangkan tujuan utama mereka adalah untuk memperjuangan Bahasa ibunda mereka dan bukannya mahu mengangkat Bahasa kebangsaan.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari, Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata :
“Sebenarnya sekolah vernakular ni diorang dah tipu kerajaan dia dummy je dia ambil semua subjek pun Bahasa Inggeris, Bahasa melayu, pendidikan agama Islam, Moral semua dia ambil sebab dia nak dapatkan syarat untuk dana kerajaan tu tapi dia nak guna nama sekolah dia, sekolah jenis kebangsaan. Jadi syarat nak dapat dana you kena ikut konon-kononya ikut spec. jadi dia tipu je sebenarnya dia nak memperjuangkan Bahasa Cina satu.”
Tambah Cikgu Izzat, ibu bapa boleh memohon pihak KPM untuk menyediakan subjek pendidikan Bahasa tambahan di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah untuk pendidikan anak-anak.
Malah, kerajaan juga digesa untuk memenuhi keperluan serta kehendak ibu bapa dengan menyediakan subjek Bahasa tambahan sebagai pilihan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah milik kerajaan.
“Untuk tujuan belajar bahasa mandarin sebagai contoh maknanya ibu bapa boleh meminta pihak KPM untuk menyediakan Bahasa Mandarin diajar di sekolah kebangsaan, boleh dan unutk makluman semua ada sekolah-sekolah SK atau SMK yang belajar Bahasa France dan Bahasa Jerman ada tetapi tidak menyeluruh mengikut satu kelas minimum tu contohnya 20 orang jadi ada yang minat untuk belajar maknanya boleh buka kelas jaid berbalik kepada soalan tadi ibu bapa yang majority hantar anak sekolah ke vernakular sebenarnya majoritinya telah ditipu buta-buta oleh sekolah vernakular dank alai ini kita KPM sediakan pelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dan lain-lain kaum di negara kita dalam sekolah kebangsaan.”
Tular di Twitter hari ini, sebahagian netizen menganggap sekolah jenis kebangsaan mampu menyediakan pendidikan Islam yang bagus kepada pelajar-pelajar Melayu beragama Islam.
Malah, ada sebahagian turut menganggap pendidikan agama yang ditawarkan di sekolah vernakular berkenaan sudah memadai dalam masa yang sama mereka dapat mempelajari Bahasa Mandarin.