Oleh Ayiha Ariffin, wartawan TV Pertiwi.
KHAMIS, 13 JANUARI – Jangkaan harga barang naik pada tahun 2022 tidak dapat disangkal lagi.
Boleh dikatakan harga semua mengalami kenaikan seperti, ayam, ikan dan sayur dan ia memberi kesan begitu besar buat peniaga.
Ramai yang meluahkan kebimbangan jika keadaan tersebut berterusan menekan rakyat, apatah lagi apabila ada jangkaan yang mengatakan bakal berlaku peningkatan harga seperti ayam menjelang Februari nanti.
Ikuti tinjauan Asyiha Ariffin.
Pasar Raja Bot, Chow Kit terkenal dengan barangan segar dan harga berpatutan bagi penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu.
Namun, sejak kebelakangan ini peninggkatan harga barang yang dilihat seolah-olah tiada kesudahan memaksa peniaga menanggung kerugian yang besar pada setiap hari.
Peniaga mengeluh apabila tiada tindakan yang dilakukan pihak berkuasa untuk memastikan harga barangan kembali menurun.
Peniaga, Siti Zubaidah yan meniaga di pasar itu hampir 45 tahun berkata, keuntungan yang diperolehi setiap hari hanya sekadar mampu mengembalikan modal asal tambahan pula bekalan sayur-sayuran sukar diperolehi berikutan beberapa kawasan yang terjejas banjir baru-baru ini.
Siti Zuraidah Abu Bakar, Peniaga berkata :
“…sambutan macam mana? Sakit la ini hari. Teruk!!! Orang tak boleh datang banjir. Jadi biasa kita berniaga katalah dapat 500 hingga 600. Tapi sekarang nak dapat serratus pun susah. Rasa dah tak nak berniaga dah…”
Bagi peniaga yang dikenali sebagai Syah, 44 tahun berkata, harga ikan keli naik daripada harga RM6 sekilogram kepada sembilan sekilogram.
Dia berkata, kerajaan perlu mencari solusi untuk menangani masalah harga barang yang naik agar rakyat tidak ters terbeban.
Syah Putra , Peniaga berkata :
“…saya berniaga ikan eli daripada RM6 keada RM9 sekilogram ambil di pasar borong. Lepas tu upah caj RM8. Jadi, saya jual dulu enam ringgit jadi dah berapa tong saya lari…”
Dalam pada itu, peniaga ayam dan daging turut merungut apabila bilangan pelanggan kini berkurangan selepas harga barang tidak turun sejak sebulan yang lalu.
Muhammad Syuhari Suzali, Peniaga berkata bahawa :
“…harga makin meningkat la kak…buat masa sekarang makin meningkat…pelanggan pun makin kurang…”
Bagi Syazali yang turut meniaga ayam dan daging pula berharap agar kerajaan dapat memantau harga barangan agar tidak terus berlaku peningkatan yang bOleh membebankan banyak pihak.
Muhammad Syazali Abdul Rahim, Peniaga berkata :
“…ekonomi sekarang pun semakin meningkat so kita harap kepada kerajaan harga tak meningkat lagi barang macam ni. Kalau macam ni boleh terima lagi kita tak nak la sebab pelanggan akan lari punya kak…”
Mereka menyeru pihak berkuasa agar memantau harga barang dengan lebih ketat demi menjamin hak pengguna dalam pembelian barangan harian.