RABU, 12 JANUARI – Kejadian banjir sejak akhir tahun lalu memusnahkan lebih 200,000 benih pokok balak pelbagai spesies berusia antara tiga bulan hingga dua tahun.
Penolong Pegawai Kanan Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman, Lentang di Bentong, Solehan Saorani berkata kerugian dianggarkan lebih RM4 juta termasuk kemusnahan kemudahan tapak semaian yang terdapat di situ.
”Anak benih berkenaan digunakan untuk projek tanaman semula kawasan ceroboh dan bekas lesen kawasan pembalakan termasuk program menghijaukan semula hutan di Semenanjung.”
– Solehan Saorani, Penolong Pegawai Kanan Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman (PPBBBT), Lentang
Beliau berkata kawasan berkenaan adalah laluan kepala air pertemuan Sungai Benus dan hulu Sungai Bentong yang membawa puing dan lumpur dari Janda Baik dan Bukit Tinggi.
Jelasnya, anak benih berkenaan digunakan untuk projek tanaman semula kawasan ceroboh dan bekas lesen kawasan pembalakan termasuk program menghijaukan semula hutan di Semenanjung
Tambanhnya, paras banjir setinggi kira-kira 1.9 meter yang membawa bersama lumpur dan pokok yang tumbang, arus air yang deras turut memusnahkan jambatan konkrit yang merentas Sungai Bentong
Menurut Solehan, usaha memulihkan kawasan berkenaan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun sekiranya tiada kekangan kelulusan peruntukan kewangan daripada kerajaan pusat
Lentang merupakan tapak semaian terbesar di Semenanjung milik JPSM dan JPNP yang membekalkan pelbagai spesies benih pokok balak antaranya seperti meranti, merbau, perah, keruing, jelutong, kapor dan keladan.