SELASA, 11 JANUARI – Varian baharu COVID-19 Deltacron ditemui, Deltacron merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.
Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian itu.
Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.
Para saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu COVID-19.
Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau ‘pink eye’ dan keguguran rambut.
Manakala kes harian Covid-19 di Malaysia pada 10 Januari merekodkan 2,641 kes berbanding 2,888 pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah sebanyak 2juta 788,860 kes.