JUMAAT, 7 JANUARI – Berhubung isu membabitkan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki;
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, siasatan perlu dilakukan dan laporan polis perlu dibuat sekiranya benar dakwaan mengatakan Azam Baki bersalah.
Tan Sri Musa Hassan, Bekas Ketua Polis Negara berkata :
“Nombor 1 apa silap dia siasat lah dulu betul ke you tak siasat dulu main cakap je mana boleh kita ada LPPR dia ada lembaga penasihat pun boleh siasat tiada masalah then kalau betul ada salah laku katakan terlibat dengan jenayah then report polis kena dibuat dulu kalau report polis tak dibuat macam mana you katakan dia melakukan kesalahan jadi orang yang tahu kesalahan yang dilakukan buat report polislah jangan main cakap je tanpa report polis.”
Sehubungan itu katanya pihak yang mengetahui salah laku yang dibuat ketua pesuruhjaya SPRM itu supaya tampil membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan ke atasnya bagi mengetahui samada benar mahupun sebaliknya dakwaan yang dibuat.