RABU, 5 JANUARI – Dalam pada itu, keputusan menangguhkan umrah itu bertepatan bagi menjaga kesihatan awam, namun kerajaan juga perlu menyemak kembali kebenaran perjalanan ke negara-negara lain bagi mengelakkan salah faham.
Itu pandangan Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Doktor Malina Osman yang kami hubungi.
Prof Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi Dan Biostatistik) UPM berkata :
“Saya setuju dengan tindakan kerajaan untuk menangguhkan umrah dan dalam masa yang sama kerajaan juga perlu menimbangkan menyemak kembali kebenaran perjalanan ke tempat lain negara-negara lain dan ia perlu disemak dari masa ke semasa bergantung kepada risiko semasa, jadi fokus ini perlu ditumpukan kepada semua perjalanan antarabangsa bukan sahaja kepada umrah untuk mengelakkan salah faham seolah-olah tumpuan pada masa hanya kepada penangguhan umrah.”
Pada Sabtu lalu Menteri kesihatan Khairy Jamaludin berkata, sejak 1 Januari lalu, 11,108 jemaah umrah tiba di Malaysia dan 1,306 daripadanya atau 11.76 peratus dikesan positif.
Daripada jumlah positif berkenaan, 50 peratus Jemaah umrah dikesan positif Varian Omicron. Melalui angka tersebut Dr Malina tidak menafikan ada berlaku pelanggaran SOP dalam kalangan Jemaah umrah sehingga menyebabkan peningkatan kes COVID-19.
“Saya berpendapat kemungkinan besar keadaan sedemikian berdasarkan maklumat yang kita peroleh dari media sosial dan mereka yang pergi ke sana memang menunjukkan terdapat pelanggaran SOP konteks interaksi sosial semasa dan juga membuka peluang berlakunya jangkitan jadi ini perlu outcome seperti yang kita lihat ramai di kalangan Jemaah kita yang menjangkiti mendapat maklumat sebahagian daripada mereka yang perlu menunaikan umrah tapi enggan mendapatkan dos penggalak dengan alasan mereka telah lengkap divaksin dengan 2 dos sedangkan mereka sepatutnya diberikan dos penggalak tersebut.”