
(Datuk Dr Zaini Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan / sumber : TV Pertiwi)
RABU, 5 JANUARI – Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata Empat kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Kelantan.
Dr Zaini berkata, empat kes itu adalah mereka yang pulang dari Arab Saudi iaitu tiga daripadanya yang tiba pada 22 Disember dan seorang lagi pada 19 Disember lalu.
Datuk Dr Zaini Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan berkata :
“Semua mereka menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah,”
Jelasnya tiga individu dijangkiti COVID-19 varian Omicron kategori satu dan mempunyai gejala, manakala seorang lagi kategori satu tidak mempunyai gejala.
Tambahnya, Semua mereka menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan daripada KKM yang dipaparkan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan empat kes varian Omicron membabitkan penduduk dari Kelantan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 31 kematian akibat COVID-19 sehingga tengah malam tadi, termasuk sembilan membabitkan kematian di luar hospital (BID).
Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan 31,591 kes dengan 6,375 daripadanya adalah kes BID.