RABU, 5 JANUARI – Jumlah kes baharu COVID-19 pada 4 Januari mengalami sedikit peningkatan kepada 2, 842 kes berbanding 2,690 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Doktor Noor Hisham Abdullah berkata;
“…. angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,769, 886 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW selepas tengah malam. Dalam pada itu, tiada penambahan dilaporkan mengenai kes Omicron dan jumlah keseluruhan varian itu di Malaysia kekal 64 kes.
Dilaporkan kerajaan akan menanggung kos kuarantin jemaah umrah termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah yang pulang dari tanah suci.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta iaitu hotel yang disenaraikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan.