ISNIN, 3 JANUARI – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsan (SJK) Cina dan Tamil tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan bukan perkara mengejutkan.
Setidak-tidaknya keputusan itu membuka mata semua pihak, terutama pihak kerajaan untuk berhenti mendanai sekolah itu kerana dikatakan sekolah bukan satu entiti yang boleh dianggap sebagai badan statutori atau pihak berkuasa awam.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Pemerhati Politik berkata :
“Ini tidak, setiap tahun, ada sahaja pertambahan sekolah vernakular ini. Paling menyedihkan, tempat yang tidak sepatutnya didirikan sekolah vernakular, terus didirikan. Apakah sudah lupa beberapa insiden. Terbaharu, di bandar Kinrara, Puchong.”
Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berpendapat sekolah vernakular tidak seharusnya didanai sepenuhnya oleh kerajaan.
Kerana isunya adalah kenapa kerajaan terus mendanai sekolah vernakular dan Lebih dahsyat lagi sekolah persendirian bersifat vernakular juga dibantu.
Jika operasi ini selaras dengan Perlembagaan, mereka kene menanggung sendiri semua perbelanjaan sekolah ini dan bukannnya kerajaan dalam pada itu, Ridhuan Tee tidak menolak kemungkinan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pula akan diiktiraf selepas ini.
Lebih-lebih jika sokongan orang Cina kembali kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.