
(Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lefternant Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra / sumber : TV Pertiwi)
ISNIN, 3 JANUARI – Mangsa bencana banjikilat di negeri itu terus meningkat mencecah lebih Seribu 100 orang membabitkan tiga daerah terjejas susulan cuaca hujan lebat berterusan. Daerah-daerah terlibat ialah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.
Lt. Kol (Pa) Cuthberr t John Martin Quadra, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (Apm) Melaka berkata :
“Jumlah mangsa banjir kilat terus meningkat di daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Kesemua penduduk ini adalah daripada 19 buah kawasan yang terjejas teruk setakat ini,”
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lefternant Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata :
“…. Seramai Seribu 122 mangsa daripada 279 buah keluarga telah dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak kelmarin.”
Manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya dan Taman Datuk Tamby Chik Karim.
Tiga kawasan lagi adalah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya, Jasin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, trend bencana menunjukkan jumlah mangsa yang terjejas akan terus meningkat.
Di Alor Gajah,kawasan yang terlibat adalah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau dan Kampung Telok Berembang.