ISNIN, 3 JANUARI – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah terus mencatat peningkatan pagi ini berbanding semalam.
Di Pahang, hujan berterusan menyebabkan pertambahan mangsa iaitu 2,188 masih berada di 51 PPS pada awal pagi ini, melibatkan lapan daerah, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.