Oleh Haffiz Aziz, wartawan TV Pertiwi
SABTU, 1 JANUARI – Helah di sebalik sebuah gudang, berjaya menyelongkar sebuah pusat hiburan, disyaki menawarkan khidmat GRO tumpas dalam serbuan yang dilakuan awal pagi tadi.
Jabatan Siasatan Jenayah D7 Bukit Aman yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Mohamad Noor berkata operasi tersebut juga turut disertai Jabatan Narkotik IPD Serdang.
Wartawan Haffiz Aziz bersama jurukamera Arif Nasir menyertai Operasi tersebut.
TV Pertiwi bersama Jabatan siasatan Jenayah D7 Bukit Aman menyerbu sebuah premis hiburan di Kinrara awal pagi tadi.
Dalam serbuan ini, polis berjaya menumpaskan sendikit pusat hiburan tanpa lesen dan menyediakan khidmat GRO kepada pelanggan.
Hasil serbuan rata rata GRO terbabit berasal dari Vietnam dan China tanpa permit yang sah dan mereka tidak Memberi kerjasama lansung kepada pihak polis. Lensa kamera kami sempat merakam situasi ini.
“ you tak jawab betul betul saya gari , saya bawa ke balai u jangan main main saya dah 9 bilik saya pergi, kita dah cakap tapio nampaknya, jangan buat bodo kita u tak cakap baik saya saya gari saya bawa you pergi balai saya akan tahan you you boleh ambik lawyer tak ada masalah kita sikit pon tak bimbang u paham, ic sudah bagi saya nak tahu u kerja sini habis u buat apa sini ahh…”
Operasi itu juga berjaya menyelongkar helah di sebalik premis ini, yang dilihat dari luar bangunan seperti sebuah gudang penyimpanan barang.
Lokasi ini dilindungi lebih dari 20 kamera litar tertutup di luar premis.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Mohamad Noor berkata, hasil serbuan kesemua yang ditahan adalah warganegara Malaysia atas kesalahan berhibur ketika Akta Kawalan Penyakit dilaksanakan, dan bukan Warganera atas kesalahan tanpa permit kerja yang sah.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Sac Mohamad Noor berkata :
“… dimana pintu dibelakang ini merupakan pintu masuk utama yang dikawal oleh remote control dan ada mempunyai CCTV dan hanya apabila ditekan button oleh pengawal di bahagian dalam sana pintu ini baru boleh dibuka dan apabila kita naik mempunyai tiga tingkat dan amat terkejut bahawa mempunyai lebih kurang dalam 19 bilik bilik karaoke yang saya nampak telah orang kata telah dibuat oleh renovation bagi tujuan perniagaan karaoke ini..”