JUMAAT, 31 DISEMBER – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang menambah jumlah premis perniagaan yang menawarkan pembelian peralatan elektrik untuk mangsa banjir di bawah program penjimatan elektrik ‘Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE).
Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketika ini terdapat 1,400 premis sedia ada yang tersenarai dan jumlahnya akan ditambah bagi memudahkan mangsa banjir membuat pembelian.
Katanya,setiap ketua isi rumah yang layak boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 semasa membuat pembelian di bawah SAVE seliaan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).