RABU, 29 DISEMBER – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular tidak bercanggah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, mahkamah berpendapat walaupun bahasa Melayu adalah bahasa nasional yang dipelihara di bawah Perkara 152, tetapi pengajaran pendidikan di sekolah bukan urusan awam seperti yang diputuskan dalam kes Universiti Merdeka di Mahkamah Persekutuan.