SABTU, 18 DISEMBER – Kajian terbaharu keluaran syarikat biotech Sinovac menunjukkan tiga dos vaksin mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian COVID-19 Omicron.
Global Times melaporkan, penghasilan antibodi peneutralan dalam tubuh manusia adalah pada kadar 35 peratus selepas dos suntikan.
Menurut kenyataan syarikat itu kepada Global Times, kajian ini melibatkan 20 individu yang menerima dua dos suntikan manakala 48 individu lain menerima tiga dos suntikan vaksin keluaran Sinovac.
Selain itu, kajian pemberian dos penggalak adalah sangat berkesan terhadap varian yang mudah menular Omicron.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan varian in pertama kali dikenal pasti pada November lepas, dan kini telah menular kepada 77 negara dan wilayah.
Varian ini dilaporkan lebih mudah tersebar dan mampu menembusi perlindungan imun yang dibina oleh vaksin.