KHAMIS, 16 DISEMBER – SPRM menyerahkan dua lagi pegawainya kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes rompakan berkumpulan melibatkan kerugian RM700 ribu, di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Dalam kenyataan malam tadi, SPRM berkata telah memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes itu.
“SPRM mengesahkan telah membantu siasatan pihak polis dan menyerahkan dua lagi pegawai bagi membantu siasatan itu,”
-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
SPRM berkata pihaknya menegaskan, tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam jenayah dan menggesa siasatan polis disegerakan.
Terdahulu, dua individu termasuk seorang pegawai SPRM dilaporkan telah ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes rompakan di sebuah rumah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan masing-masing direman tiga dan empat hari.
SPRM menyerahkan pegawainya kepada polis sehari selepas kejadian.