KHAMIS, 16 DISEMBER – Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger terlepas daripada tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pada pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata orang kena tahan (OKT) berketurunan Rohingya itu hadir di mahkamah bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan sebelum terlepas kira-kira 11.55 pagi semalam.
“OKT ketika dalam tahanan tangannya masih bergari dan sedang menunggu untuk memulakan prosiding sambil menunggu peguamnya untuk hadir ke mahkamah.”
“Prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh,”
– SUPT Mohd Fadhil Minhat selaku Ketua Polis Daerah Tangkak
Katanya ketika kejadian Abdul Hamim, 32, tahun memakai kemeja-T pagoda dan berseluar coklat. Berkepala botak, -T terbabit memiliki ketinggian lebih kurang 160 cm dengan berat sekitar 65 kilogram.
Dia disedari melarikan diri dari mahkamah oleh orang ramai dan usaha untuk menangkapnya dilakukan, tetapi OKT berjaya meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran.
Orang ramai yang terlihat dengan Abdul Hamim atau mempunyai maklumat boleh segera menghubungi pihak polis.