
(Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah / sumber : bharian)
KHAMIS, 16 DISEMBER – Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata;
“…Sememangnya tidak wajar Pilihan Raya Umum Kelima Belas dilaksanakan pada waktu terdekat, memandangkan varian Omicron yang berleluasa pada ketika ini terutamanya di Eropah.”
Oleh itu, bagi langkah berjaga-jaga di negara ini — Semua pihak termasuk ahli politik perlu menelititi perkara ini dan bukan sahaja memenuhi kehendak dan demi kepentingan sendiri semata-mata.
Datuk Armand Azha Abu Hanifah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata :
“…. Adakah ini masa terbaik melaksanakan PRU secepat mungkin? Terutamanya semasa Pandemik yang belum selesai, dengan varian baru ini jadi setiap tindakan kita perlu dari pandangan rakyat dan masyarakat jangan kita mengambil sentiment hati politik-politik tetapi kita menidakkan ketakutan rakyat pada hari ini…. Kita perlu fokuskan kebajikan rakyat, ekonomi rakyat baru kita cerita mengenai PRU 15….”
Tambahnya ia bukan masa yang sesuai untuk menyatakan PRU15 dan pastinya bagi beliau menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong untuk mengutamakan rakyat perlu didahulukan di samping varian baharu COVID19 yang hadir kini.
Ketika ditanyakan mengenai ada perbezaan pandangan dalam UMNO mengenai perkara ini, Armand berkata :
“…. Itu bukan perpecahan dalam UMNO tetapi semangat meraikan demokrasi — Dalam meraikan perbezaan pandangan antara pucuk pimpinan dan demokrasi dalam parti”.
“…. Apabila media quote, ada kem, ada kluster dan sebagainya ini menjadikan satu perkara yang tidak sihat dalam akar umbi UMNO, kerana mewujudkan persepsi berlaku perpecahan… Parti UMNO lebih demokrasi dan terbuka untuk beri pandangan sekarang….”
Armand yang baru mengangkat sumpah sebagai senator bulan lalu sebagai Ahli Dewan Negara, sebelum ini mengulas mengenai kerjasama UMNO dalam Perikatan Nasional, PN
Katanya, UMNO lebih berminat untuk menumpukan isu-isu utama rakyat dan belum membuat sebarang ketetapan mengenai perkara itu pada PRU Ke-15 nanti.