
( Exco Belia dan Media Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) Nur Farihah Meor Mazli )
SELASA, 14 DISEMBER – Diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam bertudung yang berlaku dalam negara perlu dipandang serius.
Lebih mengecewakan apabila hak mereka sebagai pekerja Islam tidak dipenuhi kerana perlu akur dengan kehendak majikan.
Sehubungan itu, Exco Belia dan Media Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) Nur Farihah Meor Mazli, menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM);
..memainkan peranan yang lebih tegas terutama isu-isu yang membabitkan hak umat Islam.
Nur Farihah Meor Mazli, Exco Belia Dan Media WAFIQ berkata :
“…saya lihat isu diskriminasi bertudung dia dah lama wujud di negara kita. Bahkan bukan sahaja di isu larangan bertudung yang kita dengar diskriminasi terhadap hak pekerja. Sebagai contoh pelepasan solat jumaat, solat harian lima waktu juga merupakan salah satu kebimbangan yang besar dalam masyarakat dan WAFIQ terlebih dahulu melakukan kajian amalan diskriminasi dalam kalangan wanita bekerja pada tahun 2018 dan mendapati tahap diskriminasi yang berlaku memang agak menyedihkan satu dalam lima wanita mengaku pernah didiskriminasi akan hak mereka untuk mengamalkan agama dan ini termasuk kepada mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kebenaran menunaikan solat kekurangan atau ketiadaan ruang untuk sembahyang tidak dibenarkan memakai tudung sewaktu bekerja. Jadi isu untuk hak menutup aurat ini juga perlu diberi perhatian…”
Farihah ketika dihubungi TV PERTIWI berkata, SUHAKAM tidak berjaya memainkan peranannya sebagai sebuah badan membela hak umat Islam dan tidak bertindak tegas dalam isu larangan hak bertudung mahupun hak pekerja untuk solat di negara ini.
Menurutnya lagi, SUHAKAM gagal mengetengahkan isu larangan bertudung ini dalam laporan mereka kepada pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Hak Asasi Manusia di Malaysia.
“…ok saya melihat SUHAKAM sebuah badan berkanun di bawah akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 mereka tidak serius bertindak tegas dalam menangani isu larangan bertudung atau hak bekerja pekerja untuk solat di negara ini. Ini disebabkan sudah ada banyak kenyataan rasmi pendirian pesuruh jaya mereka serta laporan yang dihantar ke United Nations tidak menggambarkan semangat mereka menghapuskan diskriminasi beragama khususnya buat umat islam…”
Sementara itu, ketika ditanya tentang cadangan pihaknya dalam isu diskriminasi di kalangan umat Islam dapat diatasi di negara Fariha berkata SUHAKAM perlu mempunyai pendirian yang menguntungkan rakyat dan orang islam serta menjalankan fungsi mereka selari dengan nama dan tanggungjawab sebagai badan berkanun.