ISNIN, 13 DISEMBER – Polis Diraja Malaysia (PDRM) putuskan untuk melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman trafik sehingga 31 Disember ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan perkara tersebut berkata, pelanjutan itu adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik melunaskan saman tertunggak mereka.
Dalam kenyataan petang tadim PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar yang sama sehingga 31 Disember ini.
Tambah Acryl, Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai tidak perlu hadir program ini 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia semata-mata untuk menjelaskan saman tersebut.
Sebalilknya mereka boleh ke semua kaunter-kaunter trafik di seluruh negara.
Semalam JPJ juga turut mengumumkan untuk melanjutkan diskaun sehingga hujung tahun ini.
Tawaran diskaun ini bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlansung dari 9 hingga 12 Disember bertempat Kuala Lumpur Convention Centre.