ISNIN, 13 DISEMBER – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 31 korban dijangkiti Covid-19 setakat tengah malam semalam.
Maka jumlah kumulatif terbaharu kematian ialah 30,862 orang, daripada 2.68 juta kes positif Covid-19.
Merujuk data KKM menerusi COVIDNOW — 7 daripada kes kematian itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).
Maklumat lengkap boleh merujuk kepada data berikut. Menerusi portal sama, menunjukkan jumlah kes tertunggak korban COVID-19 beberapa minggu lalu.
Sementara itu, terdapat 60,778 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 49 ribu 910 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,867 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).