JUMAAT, 10 DISEMBER – Jika sebelum ini pertubuhan radikal, Dong Jiao Zong mahu tulisan Cina diletakkan di papan tanda dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan, Pahang;
Kali ini setelah papan tanda baru dikeluarkan dengan disertakan tulisan Cina, mereka sekali lagi menggesa supaya kedudukan tulisan Jawi pada papan tanda SJKC ditukar dan diletakkan paling bawah.
Gesaan dibuat itu susulan tulisan papan tanda SJKC yang dipasang memaparkan tulisan Jawi menjadi tulisan utama diikuti tulisan Cina dan tulisan rumi.
Mereka mendakwa, tulisan Jawi tidak sepatutnya menjadi tulisan utama pada papan tanda sekolah tersebut.
Oleh demikian, pertubuhan rasis itu meminta Jabatan Pendidikan membetulkan kesalahan yang terdapat pada papan tanda SJKC terbabit agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan memuaskan hati semua pihak.
Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Pahang telah membuat papan tanda untuk dua buah SJKC di Pekan dengan tulisan Jawi dan tulisan rumi tanpa tulisan Cina.
n Namun selepas bantahan semua pihak dan usaha Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, Jabatan Pendidikan Pahang telah menambah tulisan Cina pada papan tanda SJKC terbabit.