Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil maklum bahawa satu kandungan di media sosial Facebook dan Twitter telah tular berkaitan rakaman video sekumpulan pelajar sedang membuli rakannya.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihak MARA memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular.